Saturday, November 20, 2010

Aku Dan Wardrobe

Hmmm... bukak je laptop, aku terus ke laman sosial facebook. Seribu macam persoalan timbul dalam fikiranku apabila "si dia" still tak approve lagi friend request aku. Dia beraya kat kampung ke? Atau dia salah anggap ingat aku nak ngorat dia ke? Atau internet dia ada problem ke? Atau... (dan senarai berterusan).

Takpelah, aku pikir positif sajelah. Dia balik beraya kat kampung la tu gamaknya. Nanti balik matrik, jumpa la dengan "si dia"....

Asyik dengan ber-internet-ing, tiba2 ada bunyi benda terjatuh. Alamak... wardrobe member abang aku terjatuh daaa. Takde angin, takde ribut. Habis terburai isi2 dia. Waktu ni aku sorang je kat rumah. Abang aku dengan member dia tengah buat preparation untuk karnival sukan kat UiTM esok. Nampaknya terpaksa jugalah aku sorang yang pasang balik wardrobe member abang aku ni.

Dengan menggunakan 'lojika d matematika', 'daya imaginasi', serta 'imbasan geomatrika', aku dah dapat gambaran macam mana nak pasang wardrobe member abang aku ni.

Mula2 ok saja, pasang dia punya kaki. Setel. Pastu nak sambung tiang dia, tak muat pulak. Aik?! Macam mana boleh tak muat ni. Habis tu mula2 depa pasang macam mana?

Takpelah, aku tanpa membuang masa, pergi ambik penumbuk kat dapur. Ketuk, ketak, ketuk! Aku ketuk tiang tu bagi ramping sikit. Tonyoh punya tonyoh, tak muat2 jugak. Macam mana la nak buat ni... ish3x. Dapat tau dek member abang aku, naya aku.

Ilham pun datang singgah kat pemikiran aku. Seperti yang dijangka, rupa-rupanya tiang yang aku guna untuk dijadikan tiang tu sebenarnya sebagai palang. Kiranya aku dah silap pasang la. Patut la tak masuk2 bila ditonyoh berkali-kali.

Dah siap pasang rangka dia, masa untuk balut. Alamak, tak celus la pulak. Kena le cabut balik rangka dia. Balut dulu, pastu baru pasang rangka. Akhirnya, siap jugak pasang wardrobe member abang aku ni.



Inilah gambar wardrobe abang aku ni. Siap juga akhirnya...

0 comments:

Post a Comment