Monday, November 29, 2010

Math Race!!!

Sori sebab dah lama tak update blog. Bukan apa, sebab baru2 ni tenet kat kolej asik tutup je. Aku dulu ada pernah dengar orang cakap, "tak guna ada komputer kalau takde internet". I'm starting to agree with that... hmmm.

Geram punya pasal sebab tenet kolej asik tutup, aku pun on lah celcom broadband. 20 ringgit seminggu... what the?! Aku on tenet cucuk guna henset sebab takde modem broadband tu. Kalau dah berejam online, kepanasan henset tu dah boleh masak telur dah kot.

Sempena Karnival Pelajar sabtu lepas kat KMPk, aku join Math Race. Oh, sebelum tu aku nak imbas kembali kejap.

Seminggu sebelum Math Race, aku dengan 2 orang rakan aku(Qaiyum n Luqman) memang dah plan nak join Math Race, tapi disebabkan race tu kena ada 4 laki, 4 perempuan, so kami menghadapi sedikit kesulitan.

Selang beberapa hari kemudian, En. Sah(lecturer math) tanya dalam kuliah, sape lagi nak masuk Math Race ni sebab baru ada sorang perempuan yang bagi nama. Tinggal lagi 7 orang. Pastu dia cakap dia dah petik 4 lelaki untuk race ni. Aduss, melepas peluang kami bertiga nak masuk race tu. Pastu En. Sah pun sebutlah 4 nama lelaki tersebut, katanya dia pilih 4 nama ni sebab depa selalu ngantuk dalam lecture.

Rasa seronok ada, rasa nak marah pun ada sebab aku antara 4 orang lelaki tu. What the?! "Oi, bila masa aku ngantuk dalam lecture?!" bisik hati aku. Mungkin sebab aku selalu menguap kot waktu lecture, ah tak kesah la janji dapat masuk race tu.

Alamak, aku sorang je ke yang dapat masuk? Macam mana ngan 2 lagi member aku ni, tak siok la pulak. Waktu nak bagi no IC kat lecturer, dia suruh aku cari orang lain nak ganti 3 lelaki yang asalnya masuk race tu sebab depa ada masuk acara lain. Alhamdulillah, macam rezeki je ni. Aku pun ajak 2 member aku ni. Setel.

Hari Math Race pun tiba...

En. Sah bagitau kena berkumpul dekat Dataran Akademik. Kami pun pergi situ. Sunyi je. Macam takde ape2 event pun. Kami pun duduk sat kat kerusi berdekatan. Lepas tu Hafizah(salah sorang yang masuk Math Race) muncul, dia tanya mana budak perempuan lain. Aik?! Tanya aku pulak? Eh, takkan lah kami 4 orang je yang masuk race ni. Oh, tidak..........!

Lepas beberapa minit menunggu pastu ada pengumuman suruh daftar nama. On the way nak register, aku nampak ada 3 gurls(Liyana, Sihah ngan Mal) datang ke arah kami. Wait a minute, 3 orang? So, mesti la depa ni satu group ngan kami! Wuhuuu! Aku takleh nak bayangkan perasaan aku waktu tu. Hati aku seolah2 berbicara macam ni, "Math race? Bring it on!" Haha... memang 1st time aku semangat macam tu.

Maka, priiiiiiiitttttt..... wisel pun berbunyi! Pertandingan pun bermula...




Sampai sini sajalah nampaknya, mintak maaf cerita tergantung. Tengok la kot2 ada sambungannya nanti. Sambungan dia bukan pasal race tu tapi... ada laaaa...

Oh, esok aku akan ambik result PSPM! Doakan kami semua berjaya ya! Bagi kerajaan pening sikit banyak student cemerlang... hahaha!

1 comments:

Fiqah Alias said...

owh nk amik result dh ehh...gudluck..(^.~) hope success ehh...eh...cte pasai math race tu bler nk sambung..?? nnt dh sambung habaq mai kt fiqah buleh dok..?? teruja plak nk tau pe yg jadi nyer...huhu~

Post a Comment