Sunday, November 21, 2010

Pergi Atau Pulang Ke Matrikulasi?

Selepas 5 hari bercuti, akhirnya tiba masa untuk aku pulang kembali ke matrikulasi untuk menuntut ilmu, namun seperti biasalah akan ada kisah-kisah yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut.

Abang aku cakap bertolak pukul 10.30 pagi sebab katanya dia ada hal dengan karnival sukan kat U dia tengahari nanti. Abang aku ni amik course fisioterapi, jadi dia volunteer nak jadi urussetia kat karnival tu. Contoh kalau ada injury ke, dia dengan member2 dialah yang tolong uruskan.

Sebelum bertolak ke Stesen Sungai Buloh, aku dengan abang aku makan kejap dekat restoran mamak, makan roti canai. Waktu tu ada sembang ngan abang aku perihal UiTM. Katanya kalau nak dibandingkan dengan U lain, UiTM lebih kurang je hebatnya. Cuma disebabkan UiTM tak open kepada semua kaum, maka prestasi UiTM tak diiktiraf. Taktau la betul ke tidak.

Lepas sampai Stesen Sungai Buloh, aku naik le komuter. Fuh, nasib baik tak ramai macam hari tu. Kali ni kena pergi Stesen Kuala Lumpur sebab bas dari KL ke Gopeng berenti situ.

Sampai Stesen Kuala Lumpur, kebengonganku terserlah kembali. Aku taktau nak pergi mana sebab aku tak pernah pun pergi stesen ni. Aku pun mengambil langkah mengikuti orang ramai pergi mana. Aku ikut je la.

Tiba-tiba terdetik hati nak pergi jalan2. Jalan punya jalan, aku dah rasa pelik. Patut laaa... aku dah terkalih ni. Aku dah sesat!

Selalunya kalau kat tempat yang aku baru pergi, aku akan pilih satu bangunan sebagai penanda. Tapi kali ni boleh pulak terlupa. Yang aku ingat ada satu bangunan tinggi tak jauh dari situ. Tapi masalahnya aku taktau jarak aku dari bangunan tu. Cuma agak2 je, dalam lebih kurang 200m. Jadi, aku set dalam jejari ni kena cari balik Stesen KL sebelum pukul 5 petang.

Entah dah berapa round aku pusing2, tak jugak jumpa2. Tanya orang, dia tunjuk pergi situ, aku follow, tempat lain pulak yang aku sampai. Ops, sebelum aku terlupa, waktu aku tanya orang, aku cari orang yang ada couple, sebab aku pikir kalau depa ada couple mesti la depa akan tunjuk baik depan couple depa kan? Hehe...

Agak2 dalam 2 jam berpusing2 di kota, kaki pun dah lenguh, maka terlintas ilham. Kalau la aku dapat cari bas banyak2, mesti la kat situ ada stesen bas. Stesen bas dengan stesen keretapi tak jauh. Menggunakan teknik 'reversed track', maka jumpa la stesen bas tersebut. Alhamdulillah...

Aku rehat kejap kat situ. Selang beberapa ketika, aku nampak restoran MerryBrown. Perut pun dah lapar, tanpa membuang masa aku pergi menyambar MerryBrown.

Dekat MerryBrown, aku letak beg aku kat meja tu. What the?! Zip beg aku terbukak! Oh tidak, janganlah hilang laptopku. Alhamdulillah, disebabkan laptop aku bersaiz kecik macam notebook, mungkin perampok tu tak perasan kot. Nasib baik.

Lepas pekena burger dan milo ais, aku pergi balik stesen keretapi. Oh, baru aku teringat yang aku belum solat. Aku pun pergi ke Masjid Negara. Waktu tu ada waktu melawat untuk non-muslim. Selesai solat, aku berehat kejap tengok ragam non-muslim.

Tetiba ada pakcik tegur aku, aku pun sembang2 ngan pakcik ni. Nama pakcik ni Pakcik Ramlan. Dulu dia kerja dekat hospital. Lepas bersara, dia volunteer jaga Masjid Negara. Sembang punya sembang, secara tak sengaja aku tertanya pakcik ni mana anak dia. Pakcik tu jawab yang dia takde anak. Alamak! Aku takde niat pun nak singgung hati Pakcik Ramlan. Pakcik Ramlan kata dulu dia ada anak angkat. Bila dia dah besar, tiba2 keluarga kandung anak angkat dia nak ambik balik. Mula2 anak angkat dia taknak, tapi ntah la sebab apa, tiba2 anak angkat dia lari balik rumah keluarga kandung dia. Pakcik Ramlan risau dengan anak angkat dia ni sebab bapa kandung dia kaki judi.

Lepas tu, taktau la Pakcik Ramlan serius ke tidak. Katanya dia nak aku jadi anak angkat dia. Aku rasa serba salah waktu tu. Aku tak bagi jawapan kat dia.

Aku pun patah balik ke stesen keretapi. Waktu nak naik bas, ada pulak kecoh2. Driver bas tu kata yang bas ke Matrik Gopeng takde. Pulok! Driver bas tu kata takpe sebab katanya ada bas yang sikit penumpangnya. Jadi, kami boleh tumpang bas tu.

Sampai kat tol Simpang Pulai, bas berenti. Aku tengok semua budak matrik turun. Eh?! What happened pulak ni? Aku pun turun sama. Oh, tidak! Rupanya bas tu tak hantar ke Gopeng sebab driver bas tu kata student matrik sikit sangat, so, dia malas nak hantar.

Aduh, macam mana nak balik matrik ni, takkan bermalam kat R&R kot. Tapi, nasib baik ada sorang student ni, dia ada member kat Gopeng. Dia pun mintak tolong hantarkan kami. Lama jugak la tunggu, tapi takpe la asalkan sampai matrik.

Itu sahaja untuk hari yang memenatkan ni, banyak jugak la pengalaman yang aku dapat, bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, banyak pengalaman".

4 comments:

d_LA said...

perghhhh..mcm2 terhappen yer..sampai sesat2..huhu

Siti Mashitah Saidin said...

peh.. macam2 kot, sementra nak smpai...sesat-couple-solat-zip terbkk-pakcik ramlan.. hahaha...
huhuhu... sampai jugak ya~

~uǝǝʇɐɟ said...

oohh matrik gopeng rupenye,,,dkt je...

fara said...

byknye dugaan nak balek matrik.
syukurlah dh selamat smpi :)

Post a Comment