Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Sempena Hari Raya Aidil Adha, mesti la posting-nye pun bertemakan hari raya, ye tak? Aku tak kire, nak jugak citer pasal raya, hehe.. Firstly, mesti la nak wish "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua!



Aku percaya 97% blog orang Islam akan cakap pasal nih, dan 97% daripada mereka akan cerita betapa gembiranye depa hari tu. Namun malang tak berbau, aku tergolong dalam golongan yang 3% tu, tak dapat beraya daaa....

Sebelum tu, nak citer pasal semalam...

Disebabkan ibu bapa aku sedang melengkapkan rukun Islam tahun ni, maka aku terpaksa menumpang kat rumah sewa abang aku. Adik perempuan aku pulak tinggal dengan Acu(mak sedare aku).

Dari Ipoh nak ke KL aku naik bas. Sampai kat sana aku terasa macam nak try naik komuter je. Aku pun pergi le beli tiket, dan tanpa disangka terserempak dengan makhluk dari angkasa lepas tengah shopping kot... hehe



Lepas beli tiket, ape lagi aku pun pergi la platform die... Perghh! Memang ramai siot!!(Mintak maaf, ini ekspresi orang first time naik komuter). Waktu nak naik, adoiyai memang terpaksa berimpit nih. Bile pikir2 balik, budak kecik naik bas pun lagi ok, haha... Seperti yang dijangkakan, kite tak perlu pegang mane2 tiang nak paut takut jatuh sebab memang takkan jatuh pun. Baru aku tau kenape coach wanita diwujudkan. Kalau dah berimpit macam nih, memang confirm lah akan ada tangan yang merayap-rayap kat perempuan, kasihan daku pada mereka.

Agak2 dalam setengah jam berimpit dalam komuter, maka sampailah aku dekat Stesen Sungai Buloh. Lepas keluar komuter, tetibe buntu, mana nak pergi ni? Aku secara bengongnye follow je lah orang ramai pergi mana, aku ikut je. Woh, baru aku teringat yang aku kena call abang aku lepas sampai stesen. Waktu nak call, maka terpampang "Emergency calls only" kat henset aku... What the heck?! takkan takde line kot kat sini?

Aku cuba cari inisiatif lain... kalau naik bas, mungkin sampai dekat sikit ngan rumah abang aku. Tunggu punya tunggu, bas tak muncul2. Orang yang tunggu kat bus stop tu pun rasenye dah boleh muat 3-4 bas dah. Adess, tido sini la gamaknye aku ni.

Nak burukkan lagi keadaan, boleh pulak time tu hujan.

Tetibe seperti ada ilham datang, cakap suruh gune public phone kat situ. Aku rasa cam orang bodoh je sebab baru sedar ada public phone kat situ... haha!

Sejam menunggu, abang aku pun sampai ambik aku naik kete die. Nikmatnye sungguh terasa bila dapat kusyen kete, haha, badan2 sume sakit2, maklumlah jarang bersusah2 ni. Abang aku tanye la kenape henset aku tu, bateri habis ke? Aku tunjuk kat die tulis "Emergency call" tu, abang aku cakap tu sebab simkad longgar kot. Aku terasa seperti diperbodohkan oleh simkad aku sendiri.

Disebabkan hujan semalam, aku demam pagi raya nih. Buat pembaca semua, aku nak cakap kat sini yang aku dah berapa taun tak pergi solat hari raya. Rasenye cume sekali je aku dapat solat hari raya, waktu aku 7 tahun. Rase sedih dan pilu aku, bile aku ade dengar mak aku pernah cakap die kempunan nak tengok aku dapat solat hari raya. Aku bukan sengaja tak pergi solat hari raya, tapi bile nak pergi solat hari raya tu mesti ada je halangan. Sakitlah, masjid penuhlah. Waktu Sheikh Ahmed Deedat bagi ceramah tahun 1995 kat Malaysia tu, memang termakan cili la aku.

Tadi malam tadi, aku mimpi aku pergi sembelih lembu siot. Kan bagus kalau mimpi tu jadi kenyataan... Hehe, solat hari raya pun tak dapat pergi, nak pi sembelih korban... huhu

9 comments:

~uǝǝʇɐɟ said...

hehe,macam macam awk ni.

Diary of Mine said...

selamat hari raya aidiladha

Cik Ila said...

gmbr tu mcm makhluk asing masok mall..haha

CGG said...

hi an:)
tq singgah blog cgg...
amacam raya?

Burhanuddin Baharuddin said...

rindu parent la... =(
raya kat bilik je, hehe

Enna Banana said...

selamat hari raya qurban yea awak!
awak ni macam-macam lah. lucu jeh haha :D

Ezniey said...

kelakar....saya selalu je naik tren...tp lepas ada ladies coach mmg x naik daaaa yg campur ngn laki sbb penah kena ikot ngn laki gila seks..hheheee

Burhanuddin Baharuddin said...

@Ezniey: then what happen?

Ezniey said...

oh...xde ape yg berlaku..hehehe


NAk tau kisah tu..baca laa cerita ni..hehhee
org tu x wat pape pon

http://ezniey.blogspot.com/2010/09/semua-orang-sayang-saya.html

Post a Comment