Sunday, December 12, 2010

Dup Dap Dup Dap

Hei ape da... untuk hari ni je dah 2 kali aku tukar template. Last2 pilih template yang ni jugak sebab ringan + sejuk mata memandang.

Start Jumaat semalam sampai Ahad esok aku cuti, sekarang ada kat rumah ni. First time aku jalan kaki balik rumah(dari simpang stesen minyak). Peluhnya tak terhingga. Takpe la kan, dah lama tak eksersaiss.

Hari ni tak buat apa2 sebab ingin qada tidur. Malam, buat assignment BI. Kalau tak aku join family gi main bowling, tapi aku tolak sebab nak buat benda alah tu. Mata aku bergenang. "Kenapalah aku tolak?! Bukannya lama, kejap je pun! Bapak ko nak rapatkan silaturrahim tu, yang kau tolak apsal?!" bisik hati aku. Ah, malaslah nak cite pasal ni, kang menangis pulak waktu menaip ni.

Owh, lupa... nak cite waktu nak ambik result PSPM hari tu. Waktu beratur nak ambik result tu, pergh... memang tak keruan. Ditambah lagi dengan takde kipas, cuaca panas. Basah lenjun aku time tu.

Sorang2 lalu meninggalkan meja tukang bagi result tu. Ada yang tak kata apa2, ada yang salam2 ngan orang lain ucap tahniah, dan ada jugak yang menjerit macam histeria... adoiyai.

Lepas tu, sampai giliran aku... dup dap dup dap, jantung berbunyi. "22022," aku bagitau nombor matriks aku kat tukang bagi result tu. Dia pun belek2 cari slip aku. Urghhh, cepat le sikit!

Aku pandang atas je waktu tunggu dia cari slip aku. Lepas dia jumpa, aku terus sentap slip tu lalu lari meninggalkannya. "Tahniah" aku dengar orang tu cakap waktu aku nak lari. Eh, tahniah? Apsal dia cakap tahniah? Aku pun tengok slip tu.

4.0

Arrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Taktau la macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Aku pun lari pi beranda masjid sambil menangis. Dah lega sikit, aku pun tepon mak aku yang baru selesai menunaikan haji dan on the way nak balik.

Agak2 nya mungkin berkat mak bapak aku pergi haji kot. Alhamdulillah.