Sunday, December 12, 2010

Dup Dap Dup Dap

Hei ape da... untuk hari ni je dah 2 kali aku tukar template. Last2 pilih template yang ni jugak sebab ringan + sejuk mata memandang.

Start Jumaat semalam sampai Ahad esok aku cuti, sekarang ada kat rumah ni. First time aku jalan kaki balik rumah(dari simpang stesen minyak). Peluhnya tak terhingga. Takpe la kan, dah lama tak eksersaiss.

Hari ni tak buat apa2 sebab ingin qada tidur. Malam, buat assignment BI. Kalau tak aku join family gi main bowling, tapi aku tolak sebab nak buat benda alah tu. Mata aku bergenang. "Kenapalah aku tolak?! Bukannya lama, kejap je pun! Bapak ko nak rapatkan silaturrahim tu, yang kau tolak apsal?!" bisik hati aku. Ah, malaslah nak cite pasal ni, kang menangis pulak waktu menaip ni.

Owh, lupa... nak cite waktu nak ambik result PSPM hari tu. Waktu beratur nak ambik result tu, pergh... memang tak keruan. Ditambah lagi dengan takde kipas, cuaca panas. Basah lenjun aku time tu.

Sorang2 lalu meninggalkan meja tukang bagi result tu. Ada yang tak kata apa2, ada yang salam2 ngan orang lain ucap tahniah, dan ada jugak yang menjerit macam histeria... adoiyai.

Lepas tu, sampai giliran aku... dup dap dup dap, jantung berbunyi. "22022," aku bagitau nombor matriks aku kat tukang bagi result tu. Dia pun belek2 cari slip aku. Urghhh, cepat le sikit!

Aku pandang atas je waktu tunggu dia cari slip aku. Lepas dia jumpa, aku terus sentap slip tu lalu lari meninggalkannya. "Tahniah" aku dengar orang tu cakap waktu aku nak lari. Eh, tahniah? Apsal dia cakap tahniah? Aku pun tengok slip tu.

4.0

Arrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Taktau la macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Aku pun lari pi beranda masjid sambil menangis. Dah lega sikit, aku pun tepon mak aku yang baru selesai menunaikan haji dan on the way nak balik.

Agak2 nya mungkin berkat mak bapak aku pergi haji kot. Alhamdulillah.

Monday, November 29, 2010

Math Race!!!

Sori sebab dah lama tak update blog. Bukan apa, sebab baru2 ni tenet kat kolej asik tutup je. Aku dulu ada pernah dengar orang cakap, "tak guna ada komputer kalau takde internet". I'm starting to agree with that... hmmm.

Geram punya pasal sebab tenet kolej asik tutup, aku pun on lah celcom broadband. 20 ringgit seminggu... what the?! Aku on tenet cucuk guna henset sebab takde modem broadband tu. Kalau dah berejam online, kepanasan henset tu dah boleh masak telur dah kot.

Sempena Karnival Pelajar sabtu lepas kat KMPk, aku join Math Race. Oh, sebelum tu aku nak imbas kembali kejap.

Seminggu sebelum Math Race, aku dengan 2 orang rakan aku(Qaiyum n Luqman) memang dah plan nak join Math Race, tapi disebabkan race tu kena ada 4 laki, 4 perempuan, so kami menghadapi sedikit kesulitan.

Selang beberapa hari kemudian, En. Sah(lecturer math) tanya dalam kuliah, sape lagi nak masuk Math Race ni sebab baru ada sorang perempuan yang bagi nama. Tinggal lagi 7 orang. Pastu dia cakap dia dah petik 4 lelaki untuk race ni. Aduss, melepas peluang kami bertiga nak masuk race tu. Pastu En. Sah pun sebutlah 4 nama lelaki tersebut, katanya dia pilih 4 nama ni sebab depa selalu ngantuk dalam lecture.

Rasa seronok ada, rasa nak marah pun ada sebab aku antara 4 orang lelaki tu. What the?! "Oi, bila masa aku ngantuk dalam lecture?!" bisik hati aku. Mungkin sebab aku selalu menguap kot waktu lecture, ah tak kesah la janji dapat masuk race tu.

Alamak, aku sorang je ke yang dapat masuk? Macam mana ngan 2 lagi member aku ni, tak siok la pulak. Waktu nak bagi no IC kat lecturer, dia suruh aku cari orang lain nak ganti 3 lelaki yang asalnya masuk race tu sebab depa ada masuk acara lain. Alhamdulillah, macam rezeki je ni. Aku pun ajak 2 member aku ni. Setel.

Hari Math Race pun tiba...

En. Sah bagitau kena berkumpul dekat Dataran Akademik. Kami pun pergi situ. Sunyi je. Macam takde ape2 event pun. Kami pun duduk sat kat kerusi berdekatan. Lepas tu Hafizah(salah sorang yang masuk Math Race) muncul, dia tanya mana budak perempuan lain. Aik?! Tanya aku pulak? Eh, takkan lah kami 4 orang je yang masuk race ni. Oh, tidak..........!

Lepas beberapa minit menunggu pastu ada pengumuman suruh daftar nama. On the way nak register, aku nampak ada 3 gurls(Liyana, Sihah ngan Mal) datang ke arah kami. Wait a minute, 3 orang? So, mesti la depa ni satu group ngan kami! Wuhuuu! Aku takleh nak bayangkan perasaan aku waktu tu. Hati aku seolah2 berbicara macam ni, "Math race? Bring it on!" Haha... memang 1st time aku semangat macam tu.

Maka, priiiiiiiitttttt..... wisel pun berbunyi! Pertandingan pun bermula...




Sampai sini sajalah nampaknya, mintak maaf cerita tergantung. Tengok la kot2 ada sambungannya nanti. Sambungan dia bukan pasal race tu tapi... ada laaaa...

Oh, esok aku akan ambik result PSPM! Doakan kami semua berjaya ya! Bagi kerajaan pening sikit banyak student cemerlang... hahaha!

Sunday, November 21, 2010

Pergi Atau Pulang Ke Matrikulasi?

Selepas 5 hari bercuti, akhirnya tiba masa untuk aku pulang kembali ke matrikulasi untuk menuntut ilmu, namun seperti biasalah akan ada kisah-kisah yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut.

Abang aku cakap bertolak pukul 10.30 pagi sebab katanya dia ada hal dengan karnival sukan kat U dia tengahari nanti. Abang aku ni amik course fisioterapi, jadi dia volunteer nak jadi urussetia kat karnival tu. Contoh kalau ada injury ke, dia dengan member2 dialah yang tolong uruskan.

Sebelum bertolak ke Stesen Sungai Buloh, aku dengan abang aku makan kejap dekat restoran mamak, makan roti canai. Waktu tu ada sembang ngan abang aku perihal UiTM. Katanya kalau nak dibandingkan dengan U lain, UiTM lebih kurang je hebatnya. Cuma disebabkan UiTM tak open kepada semua kaum, maka prestasi UiTM tak diiktiraf. Taktau la betul ke tidak.

Lepas sampai Stesen Sungai Buloh, aku naik le komuter. Fuh, nasib baik tak ramai macam hari tu. Kali ni kena pergi Stesen Kuala Lumpur sebab bas dari KL ke Gopeng berenti situ.

Sampai Stesen Kuala Lumpur, kebengonganku terserlah kembali. Aku taktau nak pergi mana sebab aku tak pernah pun pergi stesen ni. Aku pun mengambil langkah mengikuti orang ramai pergi mana. Aku ikut je la.

Tiba-tiba terdetik hati nak pergi jalan2. Jalan punya jalan, aku dah rasa pelik. Patut laaa... aku dah terkalih ni. Aku dah sesat!

Selalunya kalau kat tempat yang aku baru pergi, aku akan pilih satu bangunan sebagai penanda. Tapi kali ni boleh pulak terlupa. Yang aku ingat ada satu bangunan tinggi tak jauh dari situ. Tapi masalahnya aku taktau jarak aku dari bangunan tu. Cuma agak2 je, dalam lebih kurang 200m. Jadi, aku set dalam jejari ni kena cari balik Stesen KL sebelum pukul 5 petang.

Entah dah berapa round aku pusing2, tak jugak jumpa2. Tanya orang, dia tunjuk pergi situ, aku follow, tempat lain pulak yang aku sampai. Ops, sebelum aku terlupa, waktu aku tanya orang, aku cari orang yang ada couple, sebab aku pikir kalau depa ada couple mesti la depa akan tunjuk baik depan couple depa kan? Hehe...

Agak2 dalam 2 jam berpusing2 di kota, kaki pun dah lenguh, maka terlintas ilham. Kalau la aku dapat cari bas banyak2, mesti la kat situ ada stesen bas. Stesen bas dengan stesen keretapi tak jauh. Menggunakan teknik 'reversed track', maka jumpa la stesen bas tersebut. Alhamdulillah...

Aku rehat kejap kat situ. Selang beberapa ketika, aku nampak restoran MerryBrown. Perut pun dah lapar, tanpa membuang masa aku pergi menyambar MerryBrown.

Dekat MerryBrown, aku letak beg aku kat meja tu. What the?! Zip beg aku terbukak! Oh tidak, janganlah hilang laptopku. Alhamdulillah, disebabkan laptop aku bersaiz kecik macam notebook, mungkin perampok tu tak perasan kot. Nasib baik.

Lepas pekena burger dan milo ais, aku pergi balik stesen keretapi. Oh, baru aku teringat yang aku belum solat. Aku pun pergi ke Masjid Negara. Waktu tu ada waktu melawat untuk non-muslim. Selesai solat, aku berehat kejap tengok ragam non-muslim.

Tetiba ada pakcik tegur aku, aku pun sembang2 ngan pakcik ni. Nama pakcik ni Pakcik Ramlan. Dulu dia kerja dekat hospital. Lepas bersara, dia volunteer jaga Masjid Negara. Sembang punya sembang, secara tak sengaja aku tertanya pakcik ni mana anak dia. Pakcik tu jawab yang dia takde anak. Alamak! Aku takde niat pun nak singgung hati Pakcik Ramlan. Pakcik Ramlan kata dulu dia ada anak angkat. Bila dia dah besar, tiba2 keluarga kandung anak angkat dia nak ambik balik. Mula2 anak angkat dia taknak, tapi ntah la sebab apa, tiba2 anak angkat dia lari balik rumah keluarga kandung dia. Pakcik Ramlan risau dengan anak angkat dia ni sebab bapa kandung dia kaki judi.

Lepas tu, taktau la Pakcik Ramlan serius ke tidak. Katanya dia nak aku jadi anak angkat dia. Aku rasa serba salah waktu tu. Aku tak bagi jawapan kat dia.

Aku pun patah balik ke stesen keretapi. Waktu nak naik bas, ada pulak kecoh2. Driver bas tu kata yang bas ke Matrik Gopeng takde. Pulok! Driver bas tu kata takpe sebab katanya ada bas yang sikit penumpangnya. Jadi, kami boleh tumpang bas tu.

Sampai kat tol Simpang Pulai, bas berenti. Aku tengok semua budak matrik turun. Eh?! What happened pulak ni? Aku pun turun sama. Oh, tidak! Rupanya bas tu tak hantar ke Gopeng sebab driver bas tu kata student matrik sikit sangat, so, dia malas nak hantar.

Aduh, macam mana nak balik matrik ni, takkan bermalam kat R&R kot. Tapi, nasib baik ada sorang student ni, dia ada member kat Gopeng. Dia pun mintak tolong hantarkan kami. Lama jugak la tunggu, tapi takpe la asalkan sampai matrik.

Itu sahaja untuk hari yang memenatkan ni, banyak jugak la pengalaman yang aku dapat, bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, banyak pengalaman".

Saturday, November 20, 2010

Aku Dan Wardrobe

Hmmm... bukak je laptop, aku terus ke laman sosial facebook. Seribu macam persoalan timbul dalam fikiranku apabila "si dia" still tak approve lagi friend request aku. Dia beraya kat kampung ke? Atau dia salah anggap ingat aku nak ngorat dia ke? Atau internet dia ada problem ke? Atau... (dan senarai berterusan).

Takpelah, aku pikir positif sajelah. Dia balik beraya kat kampung la tu gamaknya. Nanti balik matrik, jumpa la dengan "si dia"....

Asyik dengan ber-internet-ing, tiba2 ada bunyi benda terjatuh. Alamak... wardrobe member abang aku terjatuh daaa. Takde angin, takde ribut. Habis terburai isi2 dia. Waktu ni aku sorang je kat rumah. Abang aku dengan member dia tengah buat preparation untuk karnival sukan kat UiTM esok. Nampaknya terpaksa jugalah aku sorang yang pasang balik wardrobe member abang aku ni.

Dengan menggunakan 'lojika d matematika', 'daya imaginasi', serta 'imbasan geomatrika', aku dah dapat gambaran macam mana nak pasang wardrobe member abang aku ni.

Mula2 ok saja, pasang dia punya kaki. Setel. Pastu nak sambung tiang dia, tak muat pulak. Aik?! Macam mana boleh tak muat ni. Habis tu mula2 depa pasang macam mana?

Takpelah, aku tanpa membuang masa, pergi ambik penumbuk kat dapur. Ketuk, ketak, ketuk! Aku ketuk tiang tu bagi ramping sikit. Tonyoh punya tonyoh, tak muat2 jugak. Macam mana la nak buat ni... ish3x. Dapat tau dek member abang aku, naya aku.

Ilham pun datang singgah kat pemikiran aku. Seperti yang dijangka, rupa-rupanya tiang yang aku guna untuk dijadikan tiang tu sebenarnya sebagai palang. Kiranya aku dah silap pasang la. Patut la tak masuk2 bila ditonyoh berkali-kali.

Dah siap pasang rangka dia, masa untuk balut. Alamak, tak celus la pulak. Kena le cabut balik rangka dia. Balut dulu, pastu baru pasang rangka. Akhirnya, siap jugak pasang wardrobe member abang aku ni.



Inilah gambar wardrobe abang aku ni. Siap juga akhirnya...

Friday, November 19, 2010

1ST GA FROM CIK MAS

Sempena hari jadi Cik Mas 8 Disember ni,
Cik Mas ada buat GiveAway contest kat blog die.
Kalau ada sesape nak join, join saje... sangat dialu-alukan.



Ni gambar Cik Mas... manis tak orangnye? hehe...

Cara2 nak join contest nih,
mule2 kena follow blog Cik Mas dulu,
lepas tu cari 15 emoticon kat sini...
dan gunekan emoticon tu untuk describe
pasal Cik Mas ni...
Hadiah: Topup Rm10 serta hadiah misteri!

Ok, here we go!


dulu sebelum cik mas jadi cikgu, cik mas kuat study...


banyak pengalaman suka dan


duka yang cik mas dah dapat...


akhirnya, cik mas berjaya jugak graduate...


cik mas ni pandai mengajar, itu sebab cik mas pilih jadi cikgu...


cik mas sangat sayang kat student2 die...


cik mas selalu bagi sokongan moral kepada mereka...


kalau student buat cik mas marah pun, die still boleh senyum...


tapi kalau cik mas dah tak tahan...


cik mas ni jujur, dan tak pernah berbohong...


cik mas juga seorang yang ceria, selalu ketawa riang


sampai rahang cik mas pun kadang2 kremm...


walaupun cik mas ni ceria, tapi jangan buat
cik mas merajuk sebab cik mas ni


sensitif orangnye...


kalau ada masa lapang, cik mas akan ber-blogging
sebab sinilah tempat cik mas luahkan perasaan...

Sekian...

p/s: lepas an habih siap citer ni, baru an sedar yang
sekarang ni Cik Mas still study rupenye... sikit masa lagi baru jadi cikgu,
tapi takpelah kalau kemalasan dah menguasai diri ni kan...

Taggies:

1. Adila
2. Esya Ann
3. Fateen

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Sempena Hari Raya Aidil Adha, mesti la posting-nye pun bertemakan hari raya, ye tak? Aku tak kire, nak jugak citer pasal raya, hehe.. Firstly, mesti la nak wish "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua!



Aku percaya 97% blog orang Islam akan cakap pasal nih, dan 97% daripada mereka akan cerita betapa gembiranye depa hari tu. Namun malang tak berbau, aku tergolong dalam golongan yang 3% tu, tak dapat beraya daaa....

Sebelum tu, nak citer pasal semalam...

Disebabkan ibu bapa aku sedang melengkapkan rukun Islam tahun ni, maka aku terpaksa menumpang kat rumah sewa abang aku. Adik perempuan aku pulak tinggal dengan Acu(mak sedare aku).

Dari Ipoh nak ke KL aku naik bas. Sampai kat sana aku terasa macam nak try naik komuter je. Aku pun pergi le beli tiket, dan tanpa disangka terserempak dengan makhluk dari angkasa lepas tengah shopping kot... hehe



Lepas beli tiket, ape lagi aku pun pergi la platform die... Perghh! Memang ramai siot!!(Mintak maaf, ini ekspresi orang first time naik komuter). Waktu nak naik, adoiyai memang terpaksa berimpit nih. Bile pikir2 balik, budak kecik naik bas pun lagi ok, haha... Seperti yang dijangkakan, kite tak perlu pegang mane2 tiang nak paut takut jatuh sebab memang takkan jatuh pun. Baru aku tau kenape coach wanita diwujudkan. Kalau dah berimpit macam nih, memang confirm lah akan ada tangan yang merayap-rayap kat perempuan, kasihan daku pada mereka.

Agak2 dalam setengah jam berimpit dalam komuter, maka sampailah aku dekat Stesen Sungai Buloh. Lepas keluar komuter, tetibe buntu, mana nak pergi ni? Aku secara bengongnye follow je lah orang ramai pergi mana, aku ikut je. Woh, baru aku teringat yang aku kena call abang aku lepas sampai stesen. Waktu nak call, maka terpampang "Emergency calls only" kat henset aku... What the heck?! takkan takde line kot kat sini?

Aku cuba cari inisiatif lain... kalau naik bas, mungkin sampai dekat sikit ngan rumah abang aku. Tunggu punya tunggu, bas tak muncul2. Orang yang tunggu kat bus stop tu pun rasenye dah boleh muat 3-4 bas dah. Adess, tido sini la gamaknye aku ni.

Nak burukkan lagi keadaan, boleh pulak time tu hujan.

Tetibe seperti ada ilham datang, cakap suruh gune public phone kat situ. Aku rasa cam orang bodoh je sebab baru sedar ada public phone kat situ... haha!

Sejam menunggu, abang aku pun sampai ambik aku naik kete die. Nikmatnye sungguh terasa bila dapat kusyen kete, haha, badan2 sume sakit2, maklumlah jarang bersusah2 ni. Abang aku tanye la kenape henset aku tu, bateri habis ke? Aku tunjuk kat die tulis "Emergency call" tu, abang aku cakap tu sebab simkad longgar kot. Aku terasa seperti diperbodohkan oleh simkad aku sendiri.

Disebabkan hujan semalam, aku demam pagi raya nih. Buat pembaca semua, aku nak cakap kat sini yang aku dah berapa taun tak pergi solat hari raya. Rasenye cume sekali je aku dapat solat hari raya, waktu aku 7 tahun. Rase sedih dan pilu aku, bile aku ade dengar mak aku pernah cakap die kempunan nak tengok aku dapat solat hari raya. Aku bukan sengaja tak pergi solat hari raya, tapi bile nak pergi solat hari raya tu mesti ada je halangan. Sakitlah, masjid penuhlah. Waktu Sheikh Ahmed Deedat bagi ceramah tahun 1995 kat Malaysia tu, memang termakan cili la aku.

Tadi malam tadi, aku mimpi aku pergi sembelih lembu siot. Kan bagus kalau mimpi tu jadi kenyataan... Hehe, solat hari raya pun tak dapat pergi, nak pi sembelih korban... huhu

First Contact dengan Si Dia

Aduhai.... berape lama ter-skip blogging daa..

Okey, nak sambung pasal gadis kebaya merah nih. Sadly but true, gadis ni bukanlah "si dia" yang kusangkakan. Cuma iras2 je, kot2 kembar? Wallahu a'lam. Nasib baik aku tak tegur, kalau tegur, mau malu satu sem... kehkehkeh....

Maka habislah citer pasal gadis kebaya merah(cam boring je), dan bermulelah kisahku dengan "si dia"...

Sebenarnya aku dah lama tertarik hati ngan "si dia" ni, tapi disebabkan wajahnya yang terlalu cantik, maka ramailah malaun2 jantan yang sama kelas ngan aku try nak pikat dia. Aku pun rasa down bile pikir layak ke aku dengan dia, sebab aku bukanlah hensem mane.

Dalam sedar tak sedar waktu ber-facebook-ing, aku ter-search(ok la bukan ter, memang sengaja pun) nama dia. Dengan menggunakan kepakaran "lojika d' matemika" aku, aku jumpa die punya facebook. Dan surprisingly, rumah dia taklah jauh mane, satu negeri je ngan aku. Pastu aku survey kejap die punye profile, dan seperti yang kuduga, die sudah berpunya...

Status: In a Relationship with .... Arghhhh!!!!!!! Anda semua mesti boleh paham perasaan aku waktu tu kan? Rase nak jerit je dalam bilik aku waktu tu. Pastu aku ambik langkah positif(mujurlah) dengan meletakkan tangan atas dahi sambil berbaring, lalu memikirkan tindakan seterusnya. Kesimpulannya, aku ambik keputusan untuk "suka" die je, dan ingin jadikan "si die" sebagai rakanku. Aku pun add je lah die.

Keesokan harinya, waktu habis kelas BI, "si dia" ada lalu depan aku, agak2 sebab refleks kot automatically aku tanya dia tinggal kat mana. Si die jawab tinggal kat sekian sekian... Hmmm, memang sah lah tu facebook die, bukan orang lain.

Lepas habih gap untuk hari tu waktu nak masuk lecture hell(eh.. lecture hall), aku terserempak lagi dengan "si dia". Dia pandang aku. Owh, tidak! Takkan aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Maka refleks sekali lagi, aku tegur dia yang aku dah add fb die. Dia buat muke terkejut sambil tersenyum. Kalau tengok muke die time tu, perghh! Memang habih manis la.

Sekian saja buat masa ni, kire ok la tu kan untuk 1st contact aku dengan "si dia". Aku bukan cadang nak jadikan dia teman hidup pun, cukup sekadar kawan je, tapi kalau dapat alhamdulillah...

Saturday, November 13, 2010

Gadis Kebaya Merah

Okeeyyy..... mane nak start ek? Oh, oh, ok, pasal MUET pagi tadi, sebelum aku masuk dalam bilik tutor untuk Reading Test ada la ternampak sorang gurl ni. Mula2 tengok memang la buat tak tau je, pastu aku tenung lama sikit, rasa macam kenal je, tapi sape ye? Waktu tu dia pakai spek. Hati ni kata gurl ni orang yang sama dengan 'si dia'. Geram punya pasal, aku sekali lagi tenung dia sambil berimaginasi dia tanpa spek. Rasa ada iras2 la, tapi tengok 2,3 kali raut wajah macam lain sikit. Taktau la, mungkin perasaan je kot. Takpe... esok lusa aku akan tanya face-to-face dengan 'si dia'.

Weeeeeeeeeehhhhhh..... apa lari tajuk ni wei! Sembang kata nak cakap pasal MUET, tapi sembang pasal gurl... apa punya turr. Okey, let's back on topic, tadi waktu Reading Test punya la hapah x masuk waktu baca artikel tu. Last2 aku tengok soalan terus jawab ikut lojik...hehehe, agak2 ok tak buat macam tu? Tak kisah la, nasib baik bulat2 je, eh, hitam2kan je...

Habih test Reading, dia bagi setengah jam rehat sat, waktu keluar terserempak lagi dengan gurl ni, dia pakai baju kebaya merah pekat, tudung hitam, kain batik kot kalau tak silap. Gurl ni pun duduk kat atas benda alah ni(sori taktau nama benda kat tepi tingkap nih), dia tengah diskus balik kot soalan tadi dengan kawan dia. Aku rasa macam nak tegur, tapi segan la pulak tengok keliling dia ramai pulak budak pompuan. Pastu waktu nak masuk balik untuk Writing Test, aku rasa dia ada perasan aku tenung dia lama2, tapi dia buat2 macam tak nampak, hmmm...mungkin orang lain kot

Weeeehhh, weeeeeehhhhh! Lari tajuk lagi... ok masuk Writing Test. Soalan 1 ok la kot buat report, tapi yg soalan 2 ni bikin panas sikit, ada ke tanye pasal kawin... adoi, ni yang lemah ni. Tulis punya tulis sampai satu point pasal masalah sosial, mungkin sebab ikutkan perasaan kot, aku tertulis pasal Sekolah Harapan siap tulis "government's stupid idea" lagi... Bajet kalau kantoi dengan kerajaan, mau dibuangnye aku dari matrik gopeng nih, haha!

Waktu Listening Test pulak, ada la sikit2 tak dapat dengar, memang pelat omputih la dia punya audio, camno nak jawab seh! Lantak la, sekali lagi aku jawab ikut lojik, hehe...

Waktu nak balik, aku nampak pompuan yang berbaju kebaya merah ni laju je turun tangga, nak balik. Aku pun kejar la(tak lari, jalan je), tapi.... adoi aku tak suka part ni, tengok2 pompuan lain daaaa... baju je sama.... aku pun tunggu dekat anjung, kot2 dia ada nak beli apa2 ke(hari ni ada orang luar bukak kedai kat kolej). Tunggu punya tunggu... ternampak si dia turun dari tangga, tapi malang tak berbau dia tak singgah pun gerai tu, terus dia balik bilik... takpe la, kalau ada jodoh boleh jumpa lagi, cewah!