Saturday, January 15, 2011

UPS Sudah Tiba!!! (dan dengan sedikit saspens...)

Ini serius paling lama aku pause blogging... hahaha! Banyak kot nak tulis, tapi takpe la aku tulis sikit2 dulu...

Cerita bermulanya dari................. aiseh, dah lupa pulak. Lantaklah, aku start dari tengah terus je la.


Lepas pertandingan math tu, kehidupan aku berjalan macam biasa, nothing special. Lepas tu, ada satu hari Che Sah(lecture math) suruh aku ambik hadiah pertandingan math tu. Aku pulak kena pergi Dewan Kuliah, ada perjumpaan budak2 yang dapat A dalam paper Kimia untuk PSPM hari tu. So, aku mintak la Luqman, salah sorang member yang join pertandingan math hari tu.

Eh, sebelum tu ada citer lagi...

Lepas Che Sah suruh ambik hadiah tu, aku ingat nak suruh budak perempuan yang tolong ambikkan. Tapi, macamana aku nak contact depa? So, kebetulan la aku nampak Khairi(member kuliah). Aku pun mintak nombor Liyana, sebab depa satu kelas, mesti ada nombor tepon punya.

Aku pun message Liyana, suruh ambikkan hadiah tu. Tapi tengok2, semua perempuan yang join math tu dapat A dalam Kimia PSPM. Last2, aku mintak Luqman ambikkan.

---------------------------------------------------

Dapat je nombor tepon Liyana, aku main2 sms dengan dia. Macam2 lah sembang dengan dia ni, sembang apa ntah aku pun dah lupa. Dia ngan Hafizah dapat 4 flat, Seha ngan Mal dapat 3.9, boleh tahan jugak depa ni ya...

Lepas tu, aku mintak add facebook dia. Terkejut aku bila tengok dia pun duduk kat Taiping, tapi agak jauh la dari rumah aku.


Selang beberapa hari, aku on facebook pastu tengok Seha add aku. Pastu sembang2 la dengan dia, mintak nombor tepon. Yang Seha ni pulak rupa2nya ex student Sekolah Taayah kat Ipoh tu waktu form 3. Kirenye kitorang patut dah kenal awal2 dah pun, cuma tak diizinkan.

---------------------------------------------------

Tanggal 10 Januari 2011, tibalah masa untuk menghadapi UPS(Mid Sem Test). Dengan berbekalkan ulangkaji selama satu setengah hari, aku mengharungi dugaan tersebut.

Untuk paper Fizik, aku kantoi bab 3. Soalan apa ntah tanya, sama ada soalan tu sendiri yang pelik atau aku yang kurang latihan. Tak pernah pulak tengok soalan macam tu.

Ok, sekarang masuk bahagian saspens untuk kisah kali ni. Paper math bermula, aku suka jawab soalan math sebab waktu jawab tu rasa macam main puzzle je. Dalam tengah2 syok jawab tu, aku terdengar lecturer terjerit2 "Angkat! Angkat!". Hoh?! Angkat apa pulak ni. Dengan pantas, aku nampak lecturer lain meluru ke belakang. Aku toleh ke belakang, dan nampak ada budak pengsan!

Lecturer semua dah gelisah dah. Depa pun nak angkat budak tu, tapi yang peliknya nak angkat sekali dengan kerusi lagi. Tanpa, membuang masa, SHAH JAHAN COMES TO THE RESCUE!!! Didukungnya budak tu terus bawak pi kelas sebelah. Macam drama je aku tengok. Owh lupa, Shah Jahan ni nama lecturer yang jaga exam kat situ.

Habis exam, aku tanya Nad kat belakang aku sape yang pengsan tadi tu. Terkejut beruk mak ye aku, rupa2nya yang pengsan tu....

SI DIA!!!!!!!!!!!!

What the heck?! Apsal la pulak si dia ni yang pengsan? Tapi yang peliknya, perasaan aku waktu tu macam nak marah kat si dia je.

Oh sebelum tu nak kabor, waktu jamuan untuk budak 4 flat, aku ternampak si dia. So, that means yang dia pun dapat 4 flat. Sejak hari tu, aku anggap dia macam saingan aku je, dah tak admire si dia dah. Mungkin sebab tu kot aku rasa marah kat si dia, aku baru ingat nak kalahkan dia fair and square. Tapi, benda ni si dia tak tau pun, biarlah ianya menjadi rahsia...


---------------------------------------------------

Bila tengok si dia pengsan waktu tu, aku teringat waktu PMR dulu. Waktu first day exam tu, aku dapat tanda yang aku akan pening kuat satgi. Aku dah gelabah dah. Taktau nak buat macam mana.

Waktu nak start exam tu, waktu tu paper BM, seperti yang dijangka, aku rasa pening yang amat sangat. Jawab pun ala kadar je. Bila nak masuk paper kedua, aku dah tak boleh dah. Aku kiok kat situ jugak, sebelum masuk dewan peperiksaan lagi.

Semua cikgu dah gelabah dah waktu tu tengok aku. Depa angkat aku gi bilik guru. Tanpa membuang masa, depa bawak aku gi klinik. Doktor kata aku ok je.

Eh, jangan pelik pulak... aku half-conscious kot waktu. Itu pasal la aku boleh ingat apa yang berlaku. Lepas pi klinik, aku datang jugak ke dewan exam. Waktu tu BM kertas 2. Untuk bahagian esei, aku buat sampai takat isi terakhir je, tak sempat buat penutup. Yang bahagian novel tak buat langsung. Yang tensennye, pengawas tu sengaja taknak bagi masa tambahan kat aku.

Last2 aku dapat 7A 1B PMR dan B tu ialah BM... hahaha!